Sesiapa yang nak Nota Prinsip Ekonomi download saje. Jangan lupa Add komen yang membina
Download Chapter 1ch-1-the-art-and-science
Download Chapter 2ch-2-economic-tools-and-economics-systems
Download Chapter 3ch-3-economic-decision-makers
Download Chapter 4ch-4-demand-supply-and-markets
Download Chapter 5ch-5-elasticity-of-demand-and-supply
Seakan tidak rugi aku menolak ajakan kawan-kawan, mereka merancang untuk berziarah kerumah Fitri(atau mesra dengan panggilan Lokap). Penat seharian sebagai sukarelawan bagi Suka Paralimpiad Malaysia Kuala Lumpur 2008 kali ke14 sekurang-kurangnya terubat. Ziarah ringkas kerumah Fitri adalah salah satu pengisian selepas MTM Kolej Sepuluh tamat kursus persediaan untuk semester hadapan. Berkenaan Sukan Paralimpiad, aku dan rakan-rakan sukarelawan sudah bertugas bermula 30 April hingga 10 Mei 2008. Seronok Beb!!
Kami mula bertolak dari UPM jam 7.45 malam selepas selesai solat magrib. Anggaran kami akan tiba di taman Sri Andalas Klang Jam 9 Malam. Akibat sedikit masalah, perjalanan kami bermula jam 8.10 malam. Memandangkan kami berkonvoi sebanyak 5 buah kereta, maslah yang timbul bermula akibat ada antara kami yang tak tahu jalan. So terpaksalah kami berkonvoi dengan mata yang sentaias berjaga-jaga supaya tidak terlepas jauh semasa dalam perjalanan.
Setelah puas dan letih sepanjang perjalanan, akhirnya kami tiba jam 9.30 malam… belum sempat kaki menjejak lantai tanah, ayah Fitri sudah menunggu kedatangan kami di depan rumah. Tak puas-puas menjemput kami masuk. Ramah Betul!! Kami pun masuk ke dalam rumah dan di jemput duduk. Sebagai memulakan sesi, Fitri pun mengenalkan Ayah dan Ibunya… amat mengejutkan!! Ibu fitri Seorang Novelis yang agak terkenal rupa-rupanya. Kalau aku perhatikan lokap secara normal, susah nak percaya dia ada seorang ibu yang kreatif dalam mengatur ayat untuk suatu cerita yang indah. Fitri; kalau mana-mana kawan yang mengenalinya, dia seorang yang gila-gila Happy.. hahaha… seronok juga dengan telatahnya.. itulah juga sedikit tentang sifat Mr. President baru Kolej aku. Aku harap dia sentasa happy sebagai seorang presiden yang mantap!! Apa-apa pun setakat nie aku suka cara pimpinan die yang cool n boleh la..hehehe..
Kami dijemput makan malam setibanya kami disitu. Menu malam itu adalah Nasi Lemak + Sambal Ikan Bilis + Sambal Sotong + telur rebus. Sedap sangat. Ibu fitri, seorang yang ramah. Suka aku mendengar ceritanya. Tak jemu-jemu die bercerita. Lebih-lebih lagi aku suka mendengar cerita dan yang mengjadi unsure grand dalam cerita aku ini, ibu lokap Pn. Rugayah adalah seorang penulis Novel!!! Kalau kawan-kawan yang selalu membaca karya-karya Puteri Andalas, pasti anda akan merasa iri sedikit dengan pengalaman aku ini. Sedikit sebanyak rahsia-rahsia karyanya di kongsi. Pengalaman hidupnya juga turut diluahkan. Seronok!! Sedikit yang menarik tentang Novelis yang mempunyai 3 orang cahaya mata ini, karya-karya beliau selalu berlatar tempat yang telah beliau lawati. Sungguh menarik!. Antara karya-karya beliau yang menggegar antaranya *RinduSemalam**JalinanKasih**TanpamuDisisi**Cinta Seindah Madah*. Beliau seorang yang ramah dan suka bercerita. Penerima Anugerah Sastera utusan Malaysia ini dengan Karyanya yang bertajuk “Mimpi Anak Pendatang” cukup membuatkan aku tertarik dengan caranya.
Hampir 2 jam kami disana. Di akhir sesi kami disana, Puteri Andalas telas member aku dan 2 kawan aku, Fiqri dan Halim 3 novelnya ‘Tanpamu Disisi’. Bertambah teruja aku dibuatnya. Ketika cerita ini aku tulis, aku sedang menghayati karyanya. Tanpamu disisi yang amat menyentuh tatkala cerita ini berkisar permasalahan kekeluargaan. Karya terbaru daripada Puteri Andalas bertajuk ‘Cinta Seindah Madah’ yang berlatar belakangkan keindahan bali dan tempat-tempat yang menarik dan juga suasana imiginasinya yang menarik. Sebagai kenangan, aku sempat mengabadikan beberapa keeping gambar dengan beliau.
Sebagai mengakhiri coretan aku, jutaan terima kasih buat Puteri Andalas kerana sudi berkongsi cerita dan tidak pernah lokek member sedikit rahsia karyanya. Sesungguhnya aku beruntuk kerana mempunyai pengalaman seperti ini. Kepada peminat sedia karya Puteri Andalas.. Jangan Jeles tau!!
Selepas habis tngok drama Selendang Sakti 5 April 2008 , aku pun bergegas balik ke kolej. Nasib baik la jiran sebelah bilik bagi pinjam motorsikalnye.., Dapat la aku pergi dan balik dari panggung dengan cepat sambil tersenyum. Bila sampai kolej dalam pkul 11 lebih aku pun duk rehat-rehatkan badan dan berfoya-foya melayan internet sebelum start stdy Kenegaraan Malaysia. Aku start stdy lebih kurang pukul 12.50 kot. masa itu, lampu bilik tutup sebab rumet aku sedang tidur. Untuk menerangi bilik aku, aku buka la lampu balkoni bilik dan dedahkan pintu balkoni tu. Untuk pengetahuan, bilik aku ada 2 pintu. tu la Untungnye jadi MTM.. dapat bilik special..hhe. gurau jer.. So aku bergelumang la depan pintu balkoni sambil membayangkan suasana politik n kenegaraan malaysia dalam kotak fikiran. Tiba-tiba!!??? bunyi bising dari Sarang Baby T mengganggu konsentarsi. Baby T dah gelisah nak keluar.. Ops!! lupa plak nak bagitau, Baby T tu sejenis binatang satu species dengan tikus, tapi die comel ckit sebab die tu Hamster. “Baby T nak Kuar” agaknye macam tu kot die cakap kat aku kalau die boleh bercakap la.. aku pun buka la pintu sangkar die dan biarkan die bermain-main diruang bilik. Aku pun khusyuk stdy sampai la satu ketika aku sedar macam lain jer aku rasa.. Mana Baby T????????!!! aku terus tolak buku ke tepi. Dalam Samar-samar cahaya malam, aku cari. Tak jumpa. Aku mula gelisah!! Tambahan pula Baby T tengah Bunting.. Mana Baby T??? pun guna macam-macam teknik untuk panggil die. tetapi senyap membisu. Aku bimbang die terjatuh semasa bermain di balkoni bilik. Dah la bilik aku aras 5! Tidak!! aku tak sanggup jika melihat die berada dalam keadaan tragis seperti itu.. Baby T mana ko?? aku rasa macam nak menagis malam tu.. pukul 4 pagi aku ketuk bilik JAja nak tanya ada x benda jatuh melalui salur paip hujan ke balkoni bilik die. Tapi jaja tak buka. Maklumlah,, pagi-pagu buta. orang ngah sedap layan mimpi. aku pun tercari-cari. ak ada post souhtout kat YM (Yahoo messengger). Nak tahu apa jadi lepas tu?? macam-macam spekulasi yang diorang cakap kat aku. Kene Makan Kucing la.. Dah pergi melarikan diri cari tuan baru la.. Nak kene goreng la..TaK Nak!! aku sedih sangat dengan pemergiannya Baby T. entah la.. sekarang dah tak dengan telatah die bermain rida yang warna Pink dalam sarang die. Selalu nye tngah2 mala die bermain. tetapi sekarang///… semua tu hanya memori bagi aku. Kenangan yang terindah banyak yang telah aku lalui bersama Baby T. kalau lah bukan die yang mencetus ilham untuk aku membuat Filem Dokumentari ‘Hamster & Cinta’, mesti penyertaan aku Dalam Festival Filem dan Video Pelajar UPM 2008. Menang besar aku masa itu disebabkan filem tersebut. 6 anugerah aku perolehi daripada 17 kategori. Baby T.. mana ko?? aku merindui mu….
Kenangan Aku dan Baby T dalam ‘Hamster & Cinta’
Petang jumaat 4 April 7, 2008 Noraini Rosli hantar sms lebih kurang begini bunyinya “Pada 5-6 April 2008 akan diadakan pementasan drama ‘Selendang Sakti’ & ‘ Melur & Melati’ di panggung percubaan PKKSSAAS, UPM. Masuk adalah pecuma”. Sebelum itu, Afiqah tak jemu-jemu mengingatkan aku pasal perkara yang sama. Pementasan drama oleh pelajar-pelajar tahun Bac. Pendidikan bahasa melayu Sebagai Bahasa Pertama. Aku sebenarnya berbelah bagi sama ada mahu pergi atau tidak. Tambahan lagi aku belum cukup bersedia untuk peperiksaan akhir yang bermula 7 April , 2008, subjek kenegaraan. Sem ini aku akan menghadapi 7 kertas peperiksaan yang memeningkan!! Bermula dengan Kenegaraan; Kejuruteraan Geomatik;Statistik Kejuruteraan; Thermodynamic; Report Writing; teknologi elektrik dan Elektronik; Sifat kejuruteraan bahan pertanian. Aduh!! Macam nak mati bila mengenangkan kertas soalan yang bakal aku hadapi. Akibat tekanan inilah aku nekad untuk menerima ajakan dua kawan-kawan aku. Sekurang-kurangnya aku boleh menenangkan kepala… Pementasan pertama hari sabtu. Tajuknya Selendang Sakti adaptasi dari Magic Feather Boa karya Rebecca Reisert. Aku tiba agak lewat. Maklumlah aku tiada kenderaan sendiri. Betul-betul 9.20 malam aku sampai di panggung. Pementasan sudah bermula lebih kurang 15 minit. Untungnya aku hari itu kerana Afiqah sudah sediakan satu tempat duduk di sebelahnya betul-betul di belakang meja pengkritik. Aku pun menumpukan perhatian 100% pada pementasan itu. Betul-betul memukau. Watak maharani membuatkan aku kagum dengan pelakonnya. Sungguh bijak dia meletakkan diri sebagai seorang yang berpekerti keji. Kisah yang mengambil latar masyarakat sebuah negeri yang mempunyai seorang Raja bernama Paduka Raja yang gemar memasak dan bercita-cita untuk membuka gerai rotinya sendiri. Baginda mempunyai seorang puteri yang bernama puteri Aira walaupun baginda berharap mempunyai anak lelaki untuk mewariskan Takhta baginda kelak . Kehadiran Maharani yang kejam dalam keluarga Paduka Raja Sebagai permaisuri seakan-akan menjadi titik bermulanya kekejian sesorang yang tamakkan harta. Pengakhiran cerita ini agak agak biasa tetapi agak menarik membuatkan aku betul-betul kagum dengan kemampuan produksi mereka dalam merealisasikan cerita ini. Pada mala berikutnya aku gagah ke Panggung percubaan untuk merasakan kehangatan pementasan Drama Melati dan Melur karya Lenny Erwan. Cerita kali ini aku boleh kelaskan sebagai sebuah drama moden yang agak umum persekitarannya kerana cerita ini tidak lari dari kisah-kisah hidup sekarang yang sering di olah ke kaca televisyen. Namun kesungguhan produksi ini berjaya membuatkan aku setia berada dikerusi sehingga majlis penutupan. Lakonan mantap oleh Haslinda awaluddin yang mendukung watak Melur cukup memikat minat aku. Ditambah pula dengan keletah Roslan lakonan Raja Azudden Raja Mamat terus membuatkan aku tajuk untuk meninggalkan kerusi jika aku terdesak untuk membuang air.. unsur-unsur lelucon yang santai dan tidak di buat-buat amat menarik. Paling menyentuh hati adalah babak dimana Melati dan Melur bertelagah dan Melur Cuba keluar dari rumah. Adegan Flashback semasa Melati(Fadzillah Lattip) dan Melur (Thressa Thomas)kecil yang ditegur ibunya(Nurshafini Abd. Aziz) cukup membuatkan mata aku bergenang..).. pengakhiran cerita dengan kesudahan yang damai membuatkan resah aku hilang tatkala bimbang sengketa dua beradik itu tidak berakhir. Kehadiran watak Mazlan juga cukup berjaya dilakonkan oleh Razyff Mohd Rodzi mempunyai pekej yang sesuai sebagai insan istimewa. Keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan pementasan kedua-dua drama. Aku tidak kesah membiarkan masa aku terluang untuk pementasan ini walaupun aku mempunyai peperiksaan pada 7 april 2008 (Isnin). Kagum aku dengan tenaga pengajar budak-budak PBMP… bila la agaknya aku dapat bekerjasama dengan die ek???..Kak Rai namanya.. hehehehe… Terima kasih kepada Afiqah dan Aini yang ajak aku tontong drama nie.. seronok!!!

Babak dalam Melati dan Melur. masa nie tautak aku kat mana??!! aku kat belakang kamera la!!! ahahaha
ajie
About
Aku dilahirkan pada 3 oktober 1987 di hospital Kota Tinggi dan berasal dari Kampung Telok Sengat, Kota Tinggi Johor. Aku ingin sangat mengisi masa aku dengan menikmati setiap perkaya yang aku suka. Apa yang Aku suka?? - berkawan, membuat orang gembira, capai cita-cita aku, menyanyi, berkarya, dan hidup dengan bahagiaCategories
Recent Articles
- Pencarian Airin~ Bahagian Kedua
- Airin, selamat berkenalan~~~
- lagu baru - Pujangga Cinta by Ajie
- Berserah versi ajie…
- Seribu Tahun sungguh indah didengar tapi sungguh perit untuk dialunkan
- Menghitung Hari by Ajie For ZA
- K10 idol mencari bakat, bukan mencari idola..
- Cerita gembira tentang MTB
- Nantika Kemunculan ” Andai Aku Tanah Air Ini” Sempena Malam Tunas Budaya 2008
- Nota ECN3100



