ini teman gembira



Ini teman gembira

tapi..

dimana teman berduka??? xjumpa kan.. ..

Cerita Teman- Cerita Masih Belum Sudah

Aku percaya bahawa dunia ini milik semua

Aku juga percaya dunia ini ada cerita

Aku juga percaya cerita itu berjuta

Aku juga percaya cerita tenang suatu subjek

Yang juga aku percaya pernah dirasai semua

Cerita itu berkisah tentang hubungan

Yang tercipta tika mula mata bertentangan

Aku suka babak ini…

Kerana aku yang akan menjadi pelakonnya

Tatkala aku yang mula petah bersuara….

Tika wajahnya seakan kosong ditempat baru

Aku cuba menjadikan corak pada pandangannya

Ku beri suatu cerita

Agar dia bisa bergelak tawa

Supaya aku yakin dia gembira

Meladeni saat mula berkenalan….

Aku juga rela berkongsi duka

Ada yang datang dengan kecewa

Aku redakan walau sedikit Cuma

Tak pernah aku rasa terbeban

Mungkin kerana dia seorang Teman..

Ada juga yang ingin bersua

Terkadang bergelak tawa

Aku rasakan itu saat bahagia

Mungkin kerana merekalah teman..

Jadi aku turut merasa bahagia.

Dalam cerita ini

Kadangkala aku terkesan..

Mungkin sebab aku mempunyai teman

Yang terlupa aku temannya

Yang cuba selindung cerita

Mungkin untuknya sahaja bahagia

Aku tidak kisah..

Tetapi terkadang rasa hati ini turut memberontak

Sehingga aku merasakan bersalah untuk bercerita

Sehingga aku takut untuk mengulang semula senyum tawa mereka

Merawang di Atas memori kepala..

Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak mengulang

Memori indah cerita teman

Sebab terkadang sunyi malam ku Keseorangan

Terpaksa melihat indahnya bulan

Juga kilauan sang bintang

Walaupun sebenarnya aku mempunyai teman

Yang lebih indah senyumannya

daripada kedua-duanya…

Terima Kasih teman atas perjalanan suatu cerita

Yang aku rasa tersasar babak seterusnya

Aku harap babak selepas ini

Menjadi babak yang bahagia,

supaya aku tidak perlu mengalirkan air mana

semata-mata mengharap bahagia daripada teman..

Kepada semua kawan-kawan yang sedang menjalankan latihan praktikal, mungkin tak terlalu lewat untuk aku ucapkan