• Home
Blue Orange Green Pink Purple

Archive for the ‘video’ Category

Aug 24

Untuk K10 idol yang dah berlalu, ajie nyanyi lagu seribu tahu masa semi final. gugup dibuatnyaer.. Walaupun perinkat kolej, tapi besar beban die..hehe.. tngok la.,

Aug 24

Memandangkan Besday Za dah dah lama berlalu, ajie mintak maaf la coz lambt bagi hadiah.. Ni la hadiah yang ajie nak bagi kat Za.. Hope, Za sudi terima ek.. Coz sibuk sikit sem nie…

Apr 13

Kerana Sebuah Mesin!!

Semalam (11 April 2008), aku mulakan hari aku sama seperti hari-hari biasa. Cuma nilai tambah yang menceriakan hari itu adalah tiada bebanan buku-buku yang perlu aku baca untuk peperiksaan seterusnya. Aku bangun agak lewat. Jam 10 pagi baru aku membasahkan badan dan bersedia untuk masa mendatang. Pukul 1.10 aku berjalan ke masjid Universiti Putra Malaysia. Sembahyang Jumaat. Selesai sahaja sembahyang Jumaat aku rehat-rehatkan badan. Hajat nak lelapkan mata sekali, tapi aku dah berjanji dengan Fiqri untuk buat Sijil kat pejabat Kolej. Terpaksa la aku tahan kehendak mata. Bermula jam 3 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Dalam tempoh itu, Sha dengan Wani ajak la aku pergi jalan-jalan kat Mines, tapi masa itu aku ada kerja. Terlepaslah peluang aku nak membazirkan masa di sana. Selesai sijil tu dicetak, aku pun bergegas pulang ke bilik. Terlupa nak beritahu kalian, dua hari sebelum itu Afiqah bagitau yang die nak pergi Pesta Buku kat PWTC, dia cakp nak kirim apa-apa tak? Aku pun teringat nak beli buku harry potter dengan Azimat Maut atau dalam bahasa inggeris, ‘ Harry Potter and The Deathly Hollow’. Afiqah pun dengan berbesar hati nak belikan. Berbalik kepada cerita tadi, selepas habis cetak semua sijil, aku pun bergegas balik ke bilik untuk sambung membaca novel tersebut. Sampai la ke magrib. Tiba-tiba teringat la pula ada temu duga pembantu university untuk kemasukan sesi 2008/2009 pukul 8.30 malam di bilik bogenvilla. Tasha and the geng pulak ajak pergi tengok konsert simfoni orchestra di panggung percubaan. Pukul 8 malam, aku bercadang nak pergi ke petronas lalu celah pagar kolej nak keluarkan duit dari Mesin ATM. Namun, malangnya ada felo sedang berbual dengan rakannya betul-betul menghadap kawasan pagar.Kene respek la kat felo tu. Jadi aku terpaksa menahan hasrat hati aku. Aku pun pinjamlah RM 5.00 daripada Nizam untuk makan malam. Lepas makan terus kitorang pergi temuduga Pembantu Universiti di bilik bogenvilla jam 9 malam yang di kendalikan oleh En. Zaliazam di bantu oleh pegawai Unit Kaunseling UPM. Diorang bagi borang soal selidik dan lepas habis FullFill borang tu, ada pulok sesi temuduga yang dibuat secara berkumpulan. Kitorang dimina untuk membincangkan isu berkaitan masalah semasa. Habis je sesi temuduga, kitorang pun keluar. Aku pun terus la pergi Petronas untuk keluarkan Duit. Nizam, Tasya(Riduan), Fiqri pun nak ikut sama. Ada gak la yang teman aku.hehehe.. Dalam kedai mesra petronas tu ada 2 buah mesin ATM; CIMB dan Maybank. Aku pun dengan tidak sabar que la dalam barisan mesin ATM CIMB untuk keluarkan duit. Sampai la turn aku, aku pun masukkan lah kad kemesin ATM tu. Mula-mula macam tak tu tak leh masuk. Lepas tu ok jer. Aku pun masukkan nombor pin dan jumlah wang yang ingin aku keluarkan. Semuanya lancar. Tiba-tiba, masa monitor teyangkan perkataan ‘SILA AMBIL KAD ANDA’ aku pun dengan teruja tunggu la kad tu keluar. Tak keluar-keluar!!! Macam tersangkut. Agak lama aku tunggu. Dah la kad tak keluar, duit pun tak keluar!!. Tension aku!! Dah la dalam purse aku tinggak 40 sen. Mamat-mamat dan minah-minah yang que belakang aku pun belah pergi ke ATM maybank. Untung diorang. Kerana aku diorang selamat. Tetapi aku yang jadi mangsa!! Nasib baik la resit yang keluar menyatakan tiada pengeluaran duit dilakukan. Lega aku. Tetapi yang aku tak puas hati kenapa turn aku yang jadi mangsa.. tapi aku redha jer. Pening la. Ko banyangkan, aku kene tunggu sampai hari isnin untuk ambil balik kad aku kat CIMBbank kat UPM. Terpaksa aku bertahan untuk 2 hari, Sabtu dan ahad. Lebih kurang 10.10 minit aku pun balik semula ke kolej. Teringat janji temu rakan-rakan pantun untuk makan Chop n Steak kat seri serdang. Diorang yang belanja. Seronok. Walaupun kad bank aku kene telan sekurang-kurangnya tak la perit sangat. Boleh la aku diet sikit cuti nie.. hehehe.. Tu lah. Nak pesan kat kawan-kawan, kita kne sabar segala dugaan k. tambahan pula masa ngn Final Exam… syukur la tadi (ahad) afiqah bagi pulut kuning + Rendang + Sambal Bilis + telur rebus… Sedap gler.. Tak payah aku nak cari bajet untuk makan malam.. hehe. tq fiqah

Lagu special untuk kawan-kawan yang baca post nie Medley - Bob, Atilia & Anuar Zain

Apr 08

Selepas habis tngok drama Selendang Sakti 5 April 2008 , aku pun bergegas balik ke kolej. Nasib baik la jiran sebelah bilik bagi pinjam motorsikalnye.., Dapat la aku pergi dan balik dari panggung dengan cepat sambil tersenyum. Bila sampai kolej dalam pkul 11 lebih aku pun duk rehat-rehatkan badan dan berfoya-foya melayan internet sebelum start stdy Kenegaraan Malaysia. Aku start stdy lebih kurang pukul 12.50 kot. masa itu, lampu bilik tutup sebab rumet aku sedang tidur. Untuk menerangi bilik aku, aku buka la lampu balkoni bilik dan dedahkan pintu balkoni tu. Untuk pengetahuan, bilik aku ada 2 pintu. tu la Untungnye jadi MTM.. dapat bilik special..hhe. gurau jer.. So aku bergelumang la depan pintu balkoni sambil membayangkan suasana politik n kenegaraan malaysia dalam kotak fikiran. Tiba-tiba!!??? bunyi bising dari Sarang Baby T mengganggu konsentarsi. Baby T dah gelisah nak keluar.. Ops!! lupa plak nak bagitau, Baby T tu sejenis binatang satu species dengan tikus, tapi die comel ckit sebab die tu Hamster. “Baby T nak Kuar” agaknye macam tu kot die cakap kat aku kalau die boleh bercakap la.. aku pun buka la pintu sangkar die dan biarkan die bermain-main diruang bilik. Aku pun khusyuk stdy sampai la satu ketika aku sedar macam lain jer aku rasa.. Mana Baby T????????!!! aku terus tolak buku ke tepi. Dalam Samar-samar cahaya malam, aku cari. Tak jumpa. Aku mula gelisah!! Tambahan pula Baby T tengah Bunting.. Mana Baby T??? pun guna macam-macam teknik untuk panggil die. tetapi senyap membisu. Aku bimbang die terjatuh semasa bermain di balkoni bilik. Dah la bilik aku aras 5! Tidak!! aku tak sanggup jika melihat die berada dalam keadaan tragis seperti itu.. Baby T mana ko?? aku rasa macam nak menagis malam tu.. pukul 4 pagi aku ketuk bilik JAja nak tanya ada x benda jatuh melalui salur paip hujan ke balkoni bilik die. Tapi jaja tak buka. Maklumlah,, pagi-pagu buta. orang ngah sedap layan mimpi. aku pun tercari-cari. ak ada post souhtout kat YM (Yahoo messengger). Nak tahu apa jadi lepas tu?? macam-macam spekulasi yang diorang cakap kat aku. Kene Makan Kucing la.. Dah pergi melarikan diri cari tuan baru la.. Nak kene goreng la..TaK Nak!! aku sedih sangat dengan pemergiannya Baby T. entah la.. sekarang dah tak dengan telatah die bermain rida yang warna Pink dalam sarang die. Selalu nye tngah2 mala die bermain. tetapi sekarang///… semua tu hanya memori bagi aku. Kenangan yang terindah banyak yang telah aku lalui bersama Baby T. kalau lah bukan die yang mencetus ilham untuk aku membuat Filem Dokumentari ‘Hamster & Cinta’, mesti penyertaan aku Dalam Festival Filem dan Video Pelajar UPM 2008. Menang besar aku masa itu disebabkan filem tersebut. 6 anugerah aku perolehi daripada 17 kategori. Baby T.. mana ko?? aku merindui mu….

Kenangan Aku dan Baby T dalam ‘Hamster & Cinta’

Mar 23

Memandangkan aku masih lagi bertahan walau pun jam 7.00 pagi, aku terdetik untk kongsi satu cerita ta..

erm .. dalam tiga minggu lepas aku pergi la Dinner Kolej Tun Perak yang berlansung Di Anditorium Perbadanan Putrajaya depan Palace of Justice. Majlis malam tu agak bosan sebab xde perbahan kerana berlangsungkawa akibat pemergiam seorang pelajar kolej tersebut kembali ke Rahmatullah.. dipendekkan cerita majlis tu berakhir jam 11.00 lebih. Aku pun pergi nak bagi.. Opss.. lupa plak.. aku pergi dinner tu wakil president kolej tercinta aku KOLEJ SEPULUH, dan aku pergi bersama pengetua. So, bila balik, aku tumpang encik Hadi, penolong pengurus kolej sebelas dan sama-sama dalam kereta tu 2 orang pelajar perempaun budak K12 dan K17 serta seorang felo K17. En. hadi pun share la citer yang masa diorang duduk kebosanan, ada la sorang pengurus kolej mana ntah yang bukak cerita pasal hantu yang bergentayangan di Kolej 13. entah la.. En Hadi kata die dapat tngok Video Pontianak Tu.. Daripada cerita die.. Pontianak yang dimaksudkan tu aku rasa yang ade kat video diatas, Entah la betul atau tak.. Wallahhualam.. tapi video tu memang nampak real.. Aku pun pernah tanya orang betul x cerita tu.. tapi feedback yang aku dapat setakat nie Positif.. Sume cakap kat K13 keras cikit.. lebih-lebih lagi kat dewan Bima Sakti tu.. ade ak dengarcerita daripada budak K13 ade yang pernah terserempak dengan pontianak tu masa dioarang Reasle untuk Malam Gemilang Putra Kolej 13. tapi betul or tak ak tak tau.. Just nak Sharing supaya kita blh Caring..hehehe

Older Posts »

ajie

  • About
    Aku dilahirkan pada 3 oktober 1987 di hospital Kota Tinggi dan berasal dari Kampung Telok Sengat, Kota Tinggi Johor. Aku ingin sangat mengisi masa aku dengan menikmati setiap perkaya yang aku suka. Apa yang Aku suka?? - berkawan, membuat orang gembira, capai cita-cita aku, menyanyi, berkarya, dan hidup dengan bahagia
  • Categories
    • announcement
    • gambar
    • Karya
    • Kisah Aku
    • music
    • Uncategorized
    • video
  • Recent Articles
    • Pencarian Airin~ Bahagian Kedua
    • Airin, selamat berkenalan~~~
    • lagu baru - Pujangga Cinta by Ajie
    • Berserah versi ajie…
    • Seribu Tahun sungguh indah didengar tapi sungguh perit untuk dialunkan
    • Menghitung Hari by Ajie For ZA
    • K10 idol mencari bakat, bukan mencari idola..
    • Cerita gembira tentang MTB
    • Nantika Kemunculan ” Andai Aku Tanah Air Ini” Sempena Malam Tunas Budaya 2008
    • Nota ECN3100
  • Blogroll
    • Aim
    • anysz
    • ChEnta-Ku
    • Cheryl Fazli
    • deennasour
    • greenlake
    • Nadzeem
    • pencintaMUsix
    • raihani
    • saWax
    • Sobrie


  • Home

© Copyright ajie. All rights reserved.
Designed by FTL Wordpress Themes brought to you by Smashing Magazine

Back to Top