• Home
Blue Orange Green Pink Purple

Archive for July, 2008

Jul 22

Assalamualaikum semua.. Ajie kembali lagi dengan cerita tentang aktiviti terbaru sekretariat kebudayaan dan perpaduan yang ajie handle tahun ni bersama dengan Chong Chun Jiet. selang seminggu lepas habis k10 idol, kitorang terus berkerah tenaga untuk merealisasikan k10 idol yang telah dirancangkan sejak 2 bulan sebelum ni. sebenarnya k10 idol adalah platfrom kepada budak-budak kolej Sepuluh untuk merangsang atau membuktikan bakat diorang. dengan k10 idol jugalah kitorang blh cari bakat-bakat baru yang boleh dio ketengahkan untuk mewakili kolej dalam pertandingan diperingkat interkolej. ok2.. ajie terus dengan cerita tentang perjalanan pencarian bakat k10 idol. bermula dengan publisiti yang agak vogue, team k10 idol pun tampallah poster di segenap Kolej.

Alhamdullillah, ramai yang datang untuk uji bakat. termasuk la ajie!! lebih 30 orang tu!!!!.. lepas je habis ujibakat, senarai top 17 pun keluar, syukur!! ajie pun termasuk dalam senarai tu.. so, next task ialah peringkat separuh akhir pada malam esoknya pulak.. peserta perlu menyediakan sebuah lau untuk dinyanyaikan dengan minuseone. peringkat ni memang mencabar!! coz, kita kene cari lagu yang betul2 bersesuaian dengan kita.. kalau tak.. bimbang off key n kene out!!! takutnyer.. tapi syukur lagi, ajie pun akhirnyer berjaya untuk teresenanari lama Top 87 pulak, dimana finalis2 k10 idol akan berentap di granstage pada 20 Julai kat dataran kolej 10.

nak tahu siapa finalis-finalis k10 idol???

haha.. cari la.. mana satu ajie dalam senarai top 8 kat atas tu..
hehehhe malam tu berjalan dengan lancar.. cuma soundsystem agak menghampakan.. tapi tak kesah.. malm tu ajie nyanyi lagu ” Biar Bulan BIcara” nyanyia asal Brorey marantika.. tapi yang coi tu sebab ajie terlupa lirik sikit masa depan tu.. mungkin sebab ajie terlampau berjaga-jaga untuk mencari part masuk lagu tu yang tak berapa dengar sehingga lost rangkap pertama lagu.. lepas tu ajie maintain balik.hehhehe.. syukur.. keputusannya.. No 1 Wan Mohd Farhan , No 2 Hazizan, No 3 Ajie.. heheh. apa-apa pun memang malam tu seronok giler dengan stage yang agak malatop!!!

Jul 22

Malam tunas budaya dah seminggu melabuhkan tirai, tapi sekarang baru ajie nak share cerita dengan uols. bukan apa, just ajie takde mood nak tulis. tapi yang menggembirakan, team ajie dapat naib johan dalam pertandingan itu. seronok betul!!! malam tu, saingan betul2 sengit. semua kolej berlumba-lumba nak bagi yang terbaik. termasuklah team ajie. tapi dari awal-awal lagi ajie dah cakap kat budak-budak ajie,” kalau korang nak suatu memori yang best dalam pertandingan nie, korang kenelah give the best dulu”. syukur alhamdulillah, diaorang memang the best n terbaek!!!!!! aku amat berpuas hati dengan semangat diorang. bayang kan hanya seminggu berlatih dan waktu latihan hanya 3 jam (9.00 - 11.30 malam) tapi di sebabkan semangat diorang ni, waktu latihan yang sikit tak jadi penghalang untuk diorang menang.

memandangkan tahun ini gabungan kolej dirombak, k10 n kmr bergabung tenaga untuk tahun ini. macam tahun lepas, k10 n k11 kitorang dapat tempat naib johan, n tahun ni ingat target nak uyp ckit, tapi akhirnya kitorang masih lagi bertahan di tempat naib johan. takpe2.. tu perkara biasa..

reheasle

Jul 11

Kawan-kawan!! kalau ada masa datang ke Pesat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia pada 12 Julai 2008. So, kali ni ajie masih lagi bertanggungjawab untuk mengatur haluan junior kolej aku untuk merealisasikan Malam Tunas Budaya Kali ini. Pada tahun ini, temanya ialah 1 jiwa, 1 rasa, 1 citra dan konsepnyer ialah, kita perlu bersyukur menjadi rakya malaysia yang aman, damai dan harmoni. So, hampir 2 minggu aku pikir tema ni untuk dapatkan satu persembahan pentas. Kali ni Drama tari tak dibenarkan buat, so terpaksa pikir cara lain. AKHIRNYA… Aku amek keputusan untuk membuat Puisidra (Gabungan Puisi dan Drama). Masih lagi kitorang selitkan serba sedikit gerak tari.

Tahun ni, kitorang telah bergabung dengan KMR (Kolej Muhammad Rashid). Biasenyer Kitorang bergabung dengan Kolej Sebelah yang Comel tu, tapi entah la kenapa tahun nie penganjur tak membenarkan kitorang bergabung dengan K11.Dah la Kolej ajie (Kolej Sepuluh K10) semua budak lelaki. kalau gabung dengan K11, jantina kami seimbang, coz 20 perserta lelaki dari k10 dan 20 peserta Perembuan dari K11 (Sebab K11 semua pelajar perempuan). So, bila penganjur tetapkanb kali kitorang bergabung dengan KMR, so, penglibatan kali ini lebih ramai pelajar lelaki. Biasa kalau bergabung dengan K11, kitorang guna Nama Seta Walinongsari. tapi kali ini bila bergabung dengan KMR, kitorang guna nama Seta Fansuri. Apa-apa pun, sesungguhnya gabungan kali ini menghubungkan silaturrahim antara dua kolej.

Poster!!

Sinopsis

Kepada Kawan-kawan yang ada kelapangan, luangkan lah masa sikit ek!!!

Jul 09

Sesiapa yang nak Nota Prinsip Ekonomi download saje. Jangan lupa Add komen yang membina
Download Chapter 1ch-1-the-art-and-science
Download Chapter 2ch-2-economic-tools-and-economics-systems
Download Chapter 3ch-3-economic-decision-makers
Download Chapter 4ch-4-demand-supply-and-markets
Download Chapter 5ch-5-elasticity-of-demand-and-supply

Jul 07

Hampir 3 minggu aku habiskan semata-mata untuk mengisi masa dengan membantu universiti aku. Minggu perkasa Putra bermula 28 - 12 Julai 2008. Takpe la, sekurang-kurangnya masa ak terisi. Nak Kerja malas, baik aku melaburkan tenaga dengan cara macam ni. Seminggu berkampung di kolej 13 upm, kitorag diberikan input2 berkaitan “bagaimana nak menjadi orang yang boleh membantyu orang lain” macam tu la bunyinyer. so, pada hari terakhir, baru la aku dapat rasakan objektif kursus tu. pengisian nya agak membosankan, menyebabkan aku akhirnye kerab membantu kawan2 aku yang mengantuk ketika ceramah. Nak tau Aku buat ap?? Aku terpaksa jadi Pak Urut yang tak bertauliah!! Urut Kawan2 kawan yang mengantuk!! Bestkan.. hehehehe.

selepas habis kursus tu, kitorang pun bergegas pulang ke Kolej Sepuluh, Kolej kesayanagan aku ni, untuk setup tempat untuk pendaftaran pelajar baharu. Penat giler!! Tak Pe, untuk adik2 baru, kitorang sanggup keje!! dah setup semua kaunter pendaftaran, aku ngan nini(Nizam) pun pergi la gunting rambut sekejap. rimah kalau rambut panjang2 sangat.

Malam sebelum pendaftaran, kitorang pun buat meeting ringkas untuk tugas semasa pendaftaran,: Aku ditugaskan untuk menjadi ketua Usher(Merangkap Runner).

ajie

  • About
    Aku dilahirkan pada 3 oktober 1987 di hospital Kota Tinggi dan berasal dari Kampung Telok Sengat, Kota Tinggi Johor. Aku ingin sangat mengisi masa aku dengan menikmati setiap perkaya yang aku suka. Apa yang Aku suka?? - berkawan, membuat orang gembira, capai cita-cita aku, menyanyi, berkarya, dan hidup dengan bahagia
  • Categories
    • announcement
    • gambar
    • Karya
    • Kisah Aku
    • music
    • Uncategorized
    • video
  • Recent Articles
    • Pencarian Airin~ Bahagian Kedua
    • Airin, selamat berkenalan~~~
    • lagu baru - Pujangga Cinta by Ajie
    • Berserah versi ajie…
    • Seribu Tahun sungguh indah didengar tapi sungguh perit untuk dialunkan
    • Menghitung Hari by Ajie For ZA
    • K10 idol mencari bakat, bukan mencari idola..
    • Cerita gembira tentang MTB
    • Nantika Kemunculan ” Andai Aku Tanah Air Ini” Sempena Malam Tunas Budaya 2008
    • Nota ECN3100
  • Blogroll
    • Aim
    • anysz
    • ChEnta-Ku
    • Cheryl Fazli
    • deennasour
    • greenlake
    • Nadzeem
    • pencintaMUsix
    • raihani
    • saWax
    • Sobrie


  • Home

© Copyright ajie. All rights reserved.
Designed by FTL Wordpress Themes brought to you by Smashing Magazine

Back to Top