Yahoo!!! Lega aku bila dah dapat jumpa dengan kawan-kawan dalam bog nie… Rindu giler!! hampir 2 bulan aku tak update blog nie.. Erm.. cuti aritu aku tak bnyk buat apa-apa. Just duduk kat rumah dan merehatkan badan.. Malas nak bekerja.. penat… Anak-anak buah yang ramai kat rumah tu la yang terpaksa aku jaga… tapi seronok juga coz lama tak jumpa diorang.. Kat rumah aku try isi masa dengan berkarya dan melatih vocal.. sekurang-kurangnya bermakna juga la cuti aku. Selain tu, aku pun menyebuk-nyibuan diri dengan try macam-macam masakan. seronok beb!! aku try buat ‘Pie Apple’. tiba-tiba terasa nak makan.. bisanya makan kat McD.. tapi kat kampung kau mana ada McD.. so.. aku just try my best untuk buat Pie.. Aku padat idea untuk mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan resepi.. Aku pun SMS Nini(NIzam) mibtak dia carikan resepi tu… dalam masa 15minute, Nini pun hantarlah SMS resepi tu….
Apple Pie
Harum dan mengasyikkan
Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )
- 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
- 200 g gula pasir
- 50 g kismis
- 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
- UNTUK DOH PIE :-
- 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh……)
- 200 g mentega
- 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
- 250 g gula halus
Cara-cara
-
Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
-
Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
-
Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
-
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
-
Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
-
Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba……………






