Seakan tidak rugi aku menolak ajakan kawan-kawan, mereka merancang untuk berziarah kerumah Fitri(atau mesra dengan panggilan Lokap). Penat seharian sebagai sukarelawan bagi Suka Paralimpiad Malaysia Kuala Lumpur 2008 kali ke14 sekurang-kurangnya terubat. Ziarah ringkas kerumah Fitri adalah salah satu pengisian selepas MTM Kolej Sepuluh tamat kursus persediaan untuk semester hadapan. Berkenaan Sukan Paralimpiad, aku dan rakan-rakan sukarelawan sudah bertugas bermula 30 April hingga 10 Mei 2008. Seronok Beb!!
Kami mula bertolak dari UPM jam 7.45 malam selepas selesai solat magrib. Anggaran kami akan tiba di taman Sri Andalas Klang Jam 9 Malam. Akibat sedikit masalah, perjalanan kami bermula jam 8.10 malam. Memandangkan kami berkonvoi sebanyak 5 buah kereta, maslah yang timbul bermula akibat ada antara kami yang tak tahu jalan. So terpaksalah kami berkonvoi dengan mata yang sentaias berjaga-jaga supaya tidak terlepas jauh semasa dalam perjalanan.
Setelah puas dan letih sepanjang perjalanan, akhirnya kami tiba jam 9.30 malam… belum sempat kaki menjejak lantai tanah, ayah Fitri sudah menunggu kedatangan kami di depan rumah. Tak puas-puas menjemput kami masuk. Ramah Betul!! Kami pun masuk ke dalam rumah dan di jemput duduk. Sebagai memulakan sesi, Fitri pun mengenalkan Ayah dan Ibunya… amat mengejutkan!! Ibu fitri Seorang Novelis yang agak terkenal rupa-rupanya. Kalau aku perhatikan lokap secara normal, susah nak percaya dia ada seorang ibu yang kreatif dalam mengatur ayat untuk suatu cerita yang indah. Fitri; kalau mana-mana kawan yang mengenalinya, dia seorang yang gila-gila Happy.. hahaha… seronok juga dengan telatahnya.. itulah juga sedikit tentang sifat Mr. President baru Kolej aku. Aku harap dia sentasa happy sebagai seorang presiden yang mantap!! Apa-apa pun setakat nie aku suka cara pimpinan die yang cool n boleh la..hehehe..
Kami dijemput makan malam setibanya kami disitu. Menu malam itu adalah Nasi Lemak + Sambal Ikan Bilis + Sambal Sotong + telur rebus. Sedap sangat. Ibu fitri, seorang yang ramah. Suka aku mendengar ceritanya. Tak jemu-jemu die bercerita. Lebih-lebih lagi aku suka mendengar cerita dan yang mengjadi unsure grand dalam cerita aku ini, ibu lokap Pn. Rugayah adalah seorang penulis Novel!!! Kalau kawan-kawan yang selalu membaca karya-karya Puteri Andalas, pasti anda akan merasa iri sedikit dengan pengalaman aku ini. Sedikit sebanyak rahsia-rahsia karyanya di kongsi. Pengalaman hidupnya juga turut diluahkan. Seronok!! Sedikit yang menarik tentang Novelis yang mempunyai 3 orang cahaya mata ini, karya-karya beliau selalu berlatar tempat yang telah beliau lawati. Sungguh menarik!. Antara karya-karya beliau yang menggegar antaranya *RinduSemalam**JalinanKasih**TanpamuDisisi**Cinta Seindah Madah*. Beliau seorang yang ramah dan suka bercerita. Penerima Anugerah Sastera utusan Malaysia ini dengan Karyanya yang bertajuk “Mimpi Anak Pendatang” cukup membuatkan aku tertarik dengan caranya.
Hampir 2 jam kami disana. Di akhir sesi kami disana, Puteri Andalas telas member aku dan 2 kawan aku, Fiqri dan Halim 3 novelnya ‘Tanpamu Disisi’. Bertambah teruja aku dibuatnya. Ketika cerita ini aku tulis, aku sedang menghayati karyanya. Tanpamu disisi yang amat menyentuh tatkala cerita ini berkisar permasalahan kekeluargaan. Karya terbaru daripada Puteri Andalas bertajuk ‘Cinta Seindah Madah’ yang berlatar belakangkan keindahan bali dan tempat-tempat yang menarik dan juga suasana imiginasinya yang menarik. Sebagai kenangan, aku sempat mengabadikan beberapa keeping gambar dengan beliau.
Sebagai mengakhiri coretan aku, jutaan terima kasih buat Puteri Andalas kerana sudi berkongsi cerita dan tidak pernah lokek member sedikit rahsia karyanya. Sesungguhnya aku beruntuk kerana mempunyai pengalaman seperti ini. Kepada peminat sedia karya Puteri Andalas.. Jangan Jeles tau!!




