Bila duduk sorang-sorang malam-malam nie tiba-tiba rasa nak feeling plak.. Jam dah 12.52 pagi.. Hujan baru sahaja berhenti. Mungkin suasana hening macam nie boleh membuatkan kau rasa lain dari hari-hari lalu. Agak letih hari nie bermula jam 7.30 pagi. aku tak tiduk-tidur lagi dari semalam. Tak tau kenapa?? Sudah aku usahakan masih belum boleh lagi. Aku mengambil keputusan untuk meneliti semula gambar-gambar didalam Picture File laptop aku.. Terhenti aku pada sekeping gambar. Wajah mulus Ainin Sofia menggamit perasaan akju. Teringat kembali bagaimana mula-mula die mengenal aku.. Sewaktu itu umurnya masih belum menjengah setahun. Lumrah hidup orang muda yang mencari ilmu.. ketiadaan aku selama die membesar dirumah mungkin menyebabkan die janggal melihat aku.. Tangisannya tatkala aku menggendongnya membuatkan aku makin sayang dan rasa rindu padanya. Namun, Sekarang die sudah sedikit mengerti dan faham bahawa die mempunyai seorang pak cik yang mencintainya… Tidak lagi die meronda bila aku mendakapnya, malah, gelak ketawa yang diukirkan.. Angin selembut bayu menghempas kepipi tatkala aku mencoret cerita ini. Mungkin lebih mudah aku tafsirkan hanya sekadar kalian menatap gambar-gambar ini


