Aku masih ingat lagi yang aku sanggup berhemaps pulas meluangkan masa untuk memberikan komitmen dalam kumpulan pantun aku. Mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) amat besar tanggungjawabnya. Mujurlah UPM menghantar 3 pasukan untuk bertanding, UPM A (Radzi(Aku la..), Aidi, Suhaizam, Syamil), UPM B (Radzuan, Kak Ain, Fazli, Sufi), UPM C (Shahril, Shud, Hanafi), tidak aku merasa tertekan dan bimbang untuk bertanding. Bukan riak atau menunjuk-nunjuk kami menghanrat 3 pasukan. Disebaakan perlunya kumpulan ini meneruskan tradisi dalam memperjuangkan Pantun Tradisi Melayu, kami nekad untuk menghantar 3 pasukan, 2 pasukan pelapis 1 pasukan veteran. Latihan bermula 3 minggu awal dan kali berlatih secara santai stanpa sebarang tekanan.
Kami bertolak ke MMU Melaka jam 10 pagi dan sampai hamper jam 12 tengah hari. Menginap di Emeral Part betul-betul sebelah MMU. Tak lah jauh sangat. Kami berehat dan mendengar taklimat pada jam 4.30 petang. Pertandingan bagi saringan 1 bermula jam 8.00 malam tetapi disebabkan sedikit masalah, pertandingan saringan 1 bermula jam 8.30 malam. Kumpulan UPM C berentap pada pusingan ini melawan Kumpulan UPSI B, dan keputusannya Kumpulan UPM C dapat mara ke suku akhir. Kumpulan UPM A dan UPM B berentap pada Saringan kedua masing-masing berlawan Kumpulan dari UMP(Universiti Malaysia Pahang) dan AMAS(Akademi MAS). Keputusannya UPM A dan UPM B dapat mara ke peringkat SUKU akhir. Peringkat separuh akhir berlansung pada keesokan harinya, bermula jam 10.30 pagi. UPM A berentap dengan UKM A, UPM B berentap dengan UTeM, dan UPM C bertemu dengan pasukan MMU. Pada peringkat ini bermula satu titik hitam dalam pasukan kami. Keputusan perlawanan antara UPM A dengan UKM A , UKM A berjaya ke peringkat separuh Akhirr dengan beza mata sebanyak +-33. Tiga orang hakim dipertanggung jawabkan dalam mengadili pertandingan bagi perlawanan tadi, 2 orang hakim lelaki masing-masing pegawai dari UTeM dan guru, serta seorang perempuan yang entah dari mana asal usulnya dan tidak pernah kami lihatnya dalam pertandingan-pertandingan pantun sebelum ini. Selesai pertandingan itu, hakim perempuan tadi (memberikan satu kritikan hebat kepada pasukan UPM A sehingga sanggup cakap yang kumpulan kami telah merosakkan pantun!! Perlu kah seorang perempuan yang katanya seorang melayu dan seorang yang tua berkata-kata sebegitu?? Dimana keprofesionalnya die sebagai seorang bangsa melayu dalam menegur???. Die sanggup beranggapan yang kami telah merosakan pantun??!! Wahai perempuan, sebelum bercakap, cubalah selidik dulu.. pergi la web nie http://www.usm.my/pantun/makalah2-3.asp baca pasal pantun. Penat orang buat kajian!! baru la cakap sape yang merosakkan pantun!!). Kami redha atas kekalahan tersebut. Namun, 2 pasukan masih lagi berjuang, Pasukan UPM B dan UPM C, masing-masing berentap pada pusingan separuh akhir masing-masing bertemu lawan UKM A dan UPSI. Keputusan nya Pasukan kami kalah untuk kedua-dua perlawanan tadi. Di sinilah bermula lagi satu pergolakan hangat yang menodai perjuangan kami. Keputusan Perlawanan antara UPM A bertemu UKM A berakhir dengan konstrovesi yang dahsyat!! Seolah-olah stigma yang pernah kami alami di MMU Cyberjaya Berulang kembali. Hasrat kali ini untuk menggondol kejuaraan atas keupayaan kami, Bukan atas belas ihsan daripada hakim. Kami menyertai peretandingan ini adalah untuk membuktikan keupayaan kami dalam tradisi ini, mungkin kekecewaan yang teramat sangat ketika Pertandingan Pantun Tiga Penjuru (Tritun) di Multi Media Universiti kampus Cyberjaya akhir tahun lalu (kami mendapat tempat ke-2 & ke-3) dan dikalahkan oleh UKM yang mendapat tempat pertama secara tidak rela, kami nekad untuk menebusnya di Pertandingan Pantun Piala Censelor anjuran MMU kampus Melaka. Namun, sekali lagi kami dikecewakan. Jika atas alasan kekhilafan atau buruknya persembahan kami pada pertandingan ini, kami boleh terima keputusan dengan berlapang dada, TETAPI keputusan kali ini amat menyakitkan hati disebabkan seorang hakim yang tak mengenal erti adil dan tanggung jawab. Entahlah.. sukar untuk diunggapkan. Jika benar hakim itu seorang yang melafazkan kalimah syahadah, dia mungkin tidak seperti itu, tiada jujur dalam dirinya. Bayangkan hanya ingin memastikan kumpulan UKM menang, dia sanggup menukar markah setelah gagal meraih sokongan dari pada 2 orang lagi hakim yang mengadili pertandingan separuh akhir antara UPM B melawan UKM A. Ingat lagi ayat yang die cakap kepada 2 orang hakim lain tadi “Eh!! Betul ke awak Ni!!??” lebih kurang macam tu la. Sanggup die rampas balik borang markah yang ingin dikutip oleh juru audit untuk menukar markah!! Astagrafirullahalazim… kami hanya berserah kepada Allah.. Perlu diingat wahai kawan-kawan, jika kita diberi amanah dan dibayar untuk itu, tanggung jawab adalah besar dan teramat lah payah. Kami selaku perserta pertandingan ini membayar yuran pertandingan dan dari situ lah para hakim yang mengadili pertandingan ini diberi sedikit banyaran. Banyangkan jika kita tidak melakukan kerja mengadili pertandingan dengan jujur, Duit yang diperoleh itu boleh dikira haram!! MasyaALLAH, perlu diingat, dosa kepada ALLAh boleh dipohon kepadaNya, namun, DOSA sesame manusia tidak akan terpadam selagi tidak kita memohon maaf dari mereka.





