[flash http://stream.kolej10.com/ajie_kelas_mengemas.flv h=330 w=450]
[flash http://stream.kolej10.com/ajie_kembar.flv w=450 h=330]
[flash http://stream.kolej10.com/ajie_power.flv w=450 h=330]
Malam masih lagi suram seperti dua hari lalu, mungkin perubahan monsun penyebabnya. Entahlah, gusar hati masih lagi belum padam. Hendak diluah, sukar. Hendak disimpan, amat menyeksakan. Segala-galanya bermula selepas Nil mula menjejakkan kaki di kotaraya ini. Melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah sememangnya saat yang manis bagi seorang remaja. Namun, Nil faham bahawa dia perlu bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang. Hidup sebagai seorang siswazah; bergelumang dengan tugasan dan pelbagai cabaran yang sukar diramal. Mungkin bagi Nil, itu adalah lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap remaja sepertinya. Nil duduk berdiam sahaja sambil merenung kegelapan bukit di belakang blok bangunan asramanya. Kolej kediamannya yang terletak agak jauh berbanding kolej-kolej kediaman yang lain sering menjadi rungutan sesiapa sahaja yng di tempatkan di situ. Nil suka keadaan seperti itu, sunyi… tenang… bebas dari sebarang hingar bingar jalan raya. Dia membuka beg galas yang di perolehnya semasa pendaftaran tadi. Bersusun naskah-naskah berkaitan universiti dan macam-macam lagi…….(bersambung)
ajie
About
Aku dilahirkan pada 3 oktober 1987 di hospital Kota Tinggi dan berasal dari Kampung Telok Sengat, Kota Tinggi Johor. Aku ingin sangat mengisi masa aku dengan menikmati setiap perkaya yang aku suka. Apa yang Aku suka?? - berkawan, membuat orang gembira, capai cita-cita aku, menyanyi, berkarya, dan hidup dengan bahagiaCategories
Recent Articles
- Pencarian Airin~ Bahagian Kedua
- Airin, selamat berkenalan~~~
- lagu baru - Pujangga Cinta by Ajie
- Berserah versi ajie…
- Seribu Tahun sungguh indah didengar tapi sungguh perit untuk dialunkan
- Menghitung Hari by Ajie For ZA
- K10 idol mencari bakat, bukan mencari idola..
- Cerita gembira tentang MTB
- Nantika Kemunculan ” Andai Aku Tanah Air Ini” Sempena Malam Tunas Budaya 2008
- Nota ECN3100