Buka Pose Gathering Ceremony for My Yellow….
Assalamualaikum… Kepada my Yellow.. Apa khabar?? Abg long sihat je kat sini. yang lain apa cerita? sebenarnya Abg Long nak cerita sikit pasal Buka Pose Gathering Ceremony kita ni… Ada masalah sikit dari segi pemilihan tempat.. Sama ada nak buat kan Subang Atau Putrajaya.. Keliru x?? mesti kelirukan.. tapi semalam Erin &...
Im lost without a cause
Rasa masa hilang harapan je. entah la kenapa. jawapan yang aku boleh bagi kepada kehilangan ini adalah entah. Berita yang aku terima begitu drastik. terus hilang rasa nak berhubungan… mungkin aku terlalu nak sangat kawan dengan die kot.. tak pun aku ni terlalu menjengkelkan. sehingga die rasa ada orang yang lebih baek kotz…. ni...
Jom UNDI Keluar~
Saja tulis tajuk macam tu. untuk apa? itulah hakikatnya yang aku mahukan. Kepana pulak kene Undi keluar? Walaupun ini bukan pertandingan nyanyian realiti OIAM, tetapi undi keluar ni adalah untuk memeriahkan suasana Pilihraya kampus yang akan berlangsung pada hari selasa ni. Sebagai seorang pelajar yang belajar di UPM ni, aku ingin lontarkan ...
Buka Pose Gathering Ceremony for My Yellow….
Assalamualaikum…
Kepada my Yellow..
Apa khabar?? Abg long sihat je kat sini. yang lain apa cerita? sebenarnya Abg Long nak cerita sikit pasal Buka Pose Gathering Ceremony kita ni…
Ada masalah sikit dari segi pemilihan tempat.. Sama ada nak buat kan Subang Atau Putrajaya.. Keliru x?? mesti kelirukan..
tapi semalam Erin & Akmal tpon Abg Long melalui Shah yang menyatakan bahawa ramai yang nak buat kat Subang.. Kat kedai Nasi Beriani..
Tapi, sebelum Abg Long teruskan tulisan ni, Abg Long nak share la tentang plan awal.. Sebenarnya cadangan untuk buat kat subang dulu telah dibincangkan antara Abg Long ngan Aishah.. Pada mulanya setuju, tetapi bila Abg Long fikir semula, terdapat beberapa kelemahan yang Abg Long rasa:
- Unwell-known tempat – Kedai Nasi Beriani tu tidak berapa tahu sangat. mungkin akan menyebabkan kita menghabiskan masa dalam kenderaan untuk mencari tempat tersebut,
- Kesesakan lalu lintas – memandangkan Subang merupaka sebuah bandang yang menjadi tumpuan kenderaan, kekesakan lalu lintas boleh menyebabkan kita menghabiskan masa yang banyak dalam kenderaan.
- Kemudahan Awam – untuk mencari surau dan tempat lepak selepas buka puasa agak sukar kerasa kawasan Subang tidak mempunyai Taman Terbuka yang bersesuai untuk lepak2.
- Tentif Progran kita mungkin akan tergendala di sebabkan kesesakan lalu lintas dan juga tempat yang sesak.
Erm.. itulah masalah yang Abg Long dapat jangkakan akan berlaku. Selepas itu, abg long pun cuba la tanya pendapat orang lain (Keyrol). tetiba je cadangan untuk buat kat Putrajaya timbul!! Ting!!! Abg Long Rasakan Putrajaya begitu sesuai untuk Gathering kita sebab:
- Kemudahan Awam – Masjid, surau, taman terbuka, astaka depan PICC, lanskap yang menarik dan lapangan terbuka untuk buat circle chat.
- Bazaar Ramadah – Memandangkan Putrajaya ada bazaar ramadhan, Abg Long rasa adek2 sume boleh pilih makan ikut cita rasa sendiri dan kita boleh makan je kat mana2
- Jika Hujan?? – erm.. tau2 la skrng kan, sekarang cuaca tidak menentu, so, kita boleh lari ke astaka depan PICC untuk have fun kat sana.
- Shopping complex? – if nak hang up or windows shopping lepas buka pose, kita boleh pecut ke Alamanda.
- Jauh ke x nak g Putrajaya??? – untuk pengetahuan adek2, alamanda x la Jem sangat, cuma kawasan bazar je. kawasan depan Masjid Putra Still boleh parking, lagi satu, kawan2 yg duduk gombak still boleh gunakan MRR2 untuk ke putrajaya dengan selesa. kawan-kawan yng dari seremban pun boleh melayang untuk sampai ke Putrajaya. yang dari subang pun anda boleh guna lebuhraya SKVE or Ikum Puchong pun boleh untuk sampai Putrajaya. Team Abg Long yang ade kat Banting n Telok Panglima Garang pun boleh ikut dengkil untuk ke putrajaya.
- Yang nak naek pengangkutan Awan, boleh naek komuter n turun kat Serdang, nant yang ade kereta boleh amek kat sana.
Itu pandangan Abg Long la.. sebab bagi abg long, Buka Pose gathering Cem ni bukan sahaja satu majlis bukak pose, Abg Long nak majlis ni adalah majlis yang kita boleh jumpa lama-lama skit, kongsi cerita, xpayah fikir pasal jem.. leh amek2 gambar dengan persekitaran luar dan boleh g mana-mana tempat dengan mudah tanpa tersangkut di jalan raya.
itulah sebabnya Abg Long cadanglan Putrajaya sebab kita ada privasi sikit untuk Buka Pose n berMary2(bermeriah-meriah).. If setuju buat kat Putrajaya, Abg Long try arrangekan Tentatif kat sana.. So, x lah kita bosan nanti. Abg Long nak respon ok!!:)))
Bazar Putrajaya
Ni la Pemandangan dari Astaka depan PICC

Dataran Putrajaya, best dapat lepak2 kat sini n borak2

Nak Posing macam kakak ni pun blh!!
if nak lepak kat Shopping complex boleh g Alamanda

So..:))) Bincang la.. nnt roger Abg Long.. Coz nak Buat Tentatif..
Im lost without a cause
Rasa masa hilang harapan je.
entah la kenapa.
jawapan yang aku boleh bagi kepada kehilangan ini adalah entah.
Berita yang aku terima begitu drastik.
terus hilang rasa nak berhubungan…

mungkin aku terlalu nak sangat kawan dengan die kot..
tak pun aku ni terlalu menjengkelkan.
sehingga die rasa ada orang yang lebih baek kotz….
ni ada analogi yang mudah untuk korang paham kot..
penah tngok citer Alice in wonderland x?
kang si puteri puteh n puteri merah tu adik beradik,
tapi di sebabkan nak kuasa, tetiba je jd musuh..
tapi dalam citer ni aku bkan la adik beradik, just kwn baek..
takde apa yang di rebutkan, cuma kita berkawan dengan seorng yang sama..
lepas tu je.. tetiba mcm ada ribut yg cakap die tu dh sangt rapat dengan kawan tu.. jadi… aku kene beralah la…
tapi dalam hati ni macam xleh terima sebenarnyer.. sebab telalu drastik n tergesa2 benda ni berlaku..

hik2.. aku bila tahu je masa dapat msg dr yang satu lagi.. terkejut beruk siap pose lagi..

jujur aku rasakan mcm seorng yg terlalu menyibuk.. hahahaha… tak pe la… mungkin xde jodoh nak berkawan ngan die.. ahahahaha.. apa-apa pun.. kawan ketawa ada berjuta-juta, kawan berduka.. entah la…
Read MoreJom UNDI Keluar~
Saja tulis tajuk macam tu. untuk apa? itulah hakikatnya yang aku mahukan. Kepana pulak kene Undi keluar? Walaupun ini bukan pertandingan nyanyian realiti OIAM, tetapi undi keluar ni adalah untuk memeriahkan suasana Pilihraya kampus yang akan berlangsung pada hari selasa ni. Sebagai seorang pelajar yang belajar di UPM ni, aku ingin lontarkan beberapa pandangan terhadap calon-calon yang bakal bertanding esok:
1- Siapkan diri anda dengan rasa rendah diri dan ikhlas.
2- Jangan menyebabkan anda dibenci atau memeluatkan orang lain.
3-Jangan la menjadi terlampau baik sehingga orang menjadi takut dengan anda.
4-Banyakkan mengingatkan diri anda bahawa anda bakal menanggung satu tanggungjawab yang besar, kerana anda yang betul-betul merasakan anda mampu meminpin.
5-Jangan terlampau emosi dengan memburuk-burukan orang, tak kira la macam mana pun.
6-Banyakkan Doa, ingatkan diri sendiri untuk Ikhlas dalam apa yang anda lakukan.
7-Sentiasa merasakan diri kita tidak sempurna dan sentiasa cuba memperbaiki diri.
8-Berkawanlah dengan semua orang dan jangan terlalu memilih kawan.
9-Ikut mana yang baik, tinggalkan mana yang tak baik.
10-JANGAN MERASAKAN DIRI KITA NI BAIK, biasakan melihat diri sendiri daripada kaca mata orang lain, sebab tak semua orang sukakan kita.
Apa yang perlu di undi Keluar??
1-Sikap berpuak-puak bila dalam Organisasi MPP yang baru nanti.
2-Sikap lepas tangan terhadap tugas.
3-berfoya-foya dan leka dengan status baru anda.
4-Berkira dengan apa yang telah anda lakukan, sehingga anda berat untuk membantu rakan-rakan yang lain.
5-Sikap suka menjaja keburukan orang lain kat MEDIA elektrik atau mana-mana pun.
6-Sikap suka merasa diri teraniaya. (Sengal)
HARAPNYA aku dapat sampaikan apa yang aku pelajari daripada pengalaman selama 22 aku hidup supaya kawan-kawan aku yang menjadi pemimpin ni lebih matang dan lebih memerhatikan diri mereka kerana tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar.Kita ni manusia, tak ada yang sempurna, jadi terima kekurangan yang kita ada untuk kita jadikan benda itu indah dimana orang lain. tq.. Tuhan yang maha mengetahui…
Read MoreJumaat & Sabtu
Jumaat dan sambut lepas (22 & 23 Jan), budak-buak aku menyertai pertandingan Nasyid Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di kampus Universiti Industri Selangor (UNISEL). peringkat saringat pada hari jumaat dan alhamdulillah, kami lepas keperingkat akhir pada hari sabtu. Alhamdulillah juga, kami johan dan akan mewakili Negeri Selangor di Peringkat Kebangsaan nanti. Terima Kasih Kepada kawan-kawan yang memberi sokongan. harapnya kami mampu memberi persembahan terbaek diperingkat Kebangsaan Nanti.
Read MoreNahwan Nur UPM di MHI
Tngok la video ni.. Nahwan Nur di MHI
Nota Sejarah Tingkatan 4 (Nota Ringkas)
Pagi Tadi, sedang aku duduk melayan facebook,Luqman tetiba mesej,:
(link untuk download nota ada di akhir teks ini)
aslkm ajie
12:44pmMohd
salam
12:45pmLuqman
bz ker?
12:45pmMohd
x la.
12:45pmLuqman
bleh tlg?
12:45pmMohd
tolong ap ek?
12:46pmLuqman
crikan nota sej form 4 bab 6-8 kt ternet?
12:47pmMohd
ok2
jap ek
12:48pmLuqman
k
1:01pmMohd
try tngok kat link nie
http://panitiasejarahsbpis.blogspot.com/2009/01/powerpoint-sejarah-tingkatan-4.html
1:01pmLuqman
ok
1:03pmLuqman
xleh kternye
page not found lps tekn bab bab sej tu
1:05pmMohd
yeke?
erm.
jap ek
1:05pmLuqman
ok
1:09pmMohd
bab tu citer pasal ap?
1:09pmLuqman
jap,,
1:10pmLuqman
Bab 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA
bab 8 PEMBAHARUAN &PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
1:15pmMohd
http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Asia_Tenggara
try baca kat wikipedia ni
1:15pmLuqman
k
1:15pmMohd
yg penting luq kene faham la
1:15pmLuqman
ok
1:18pmMohd
try yng ni
rasa mcm ok je
http://74.125.153.132/search?q=cache:jYyI5fPcmqYJ:www.smksp.com/MATA_PELAJARAN/SEJARAH/SejLatT4_tajuk%2520tumpuan%2708_Poh.doc+islam+di+asia+tenggara+tingkatan+4&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my
1:21pmLuqman
ok da yg ni kot..pndek skit kne wat note..sbb die bgi point jer
thnks
1:21pmMohd
die bagi point yg nak kene baca n fahamkan
1:22pmLuqman
yep
1:22pmMohd
ni satu lagi
http://www.smksp.net/nota/Tingkatan%204/SEJARAH/Nota/BAB%207-Islam%20di%20Asia%20tenggara.pdf
1:23pmLuqman
huu..yg ni lgi ok..bab 7 jer ade?
1:23pmMohd
hehe
jap2
1:24pmLuqman
okeh
1:24pmMohd
try cari ag
1:26pmMohd
click link ni
sume bab ade
http://www.smksp.net/nota/Tingkatan%204/SEJARAH/Nota/
1:26pmLuqman
wokeh
1:26pmMohd
http://www.smksp.net/nota/Tingkatan%204/SEJARAH/Nota/
1:27pmLuqman
woohhoooooo
klau camni,da complete lar my notes..haha…cume kne salin gne tngan skit,..yg len print jer ar
haha…thanks ajie…muuuaaahhh..hahaha
1:29pmMohd
hehe
bagus
stdy elok2
dh ade note ni..
try cari maklumat yg lebih lagi
1:29pmLuqman
bereh
1:30pmMohd
biar lagi faham
1:30pmLuqman
ok
1:34pmMohd
gudluck
1:35pmLuqman
ok..thnks bebanyak………..
1:36pmLuqman
nsib baek ajie ader…huhu..
1 agy..ader jumper contoh folio chem form 4?
1:37pmMohd
:-P
erm.
1:44pmLuqman
luq cri dri smlm xjuper2..
1:59pmLuqman
xper ar ajie..da juper
hehe
*******
cari punya cari, akhir je, jumpa.
nota nya agak bagus, ringkas dan padat.
ajie rasa, kalau ajie ade nota macam ni, mesti ajie boleh skor masa spm dulu. ajie sebenarnya tak minat subjek sejarah. entahlah, tak tau kenepa, mungki zaman sekoleh dulu ajie tak tertarik kot untuk belajar sejarah. tambah-tambah kalau cikgu sejarah tu ajar dengan cara yang membosankan, bertambah2 nak tidur la..
kat bawan nie ajie sediakan link untuk download nota sejarah ni ek. ajie nak ucapkan tq pada
http://www.smksp.net/
sebab sediakan nota ni. ajie hanya panjangkan je
Terawih Di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi


Semalam (4 / 9 / 09) aku, acap, mandat , Nizam, Ahmad , Yus dan beria2 untuk mencuba berbuka puasa luar dari bilik.. yela.. hampir setiap hati ktorng berbuka di bilik. apa lagi, alang-alang nak buka puasa kat luar, terus kitaorng pergi ke Masjid Besi yang dah pun menjadi satu lagi mercu baru di putrajaya. Pkul 6.30 ptg kami bertolak dan sampai kira-kira jam 7 malam. agak kekok mula-mulanya sebab pertama kali pergi, tapi ktorng pun terus masuk dan eksplore. memang terpaku juga sekejap dan terpegun melihat kecantikan masjid ini. menurut apa yang aku tahu, masjdi ni mula dibina pada tahun 2004, tetapi tergendala sekejap kerana ada masalah Kos pembinaan. Apa yang menarik dalam citer ni?:
1. kitaorng berbuka dengan kurma 3 biji n kuih seketul
2. lepas tu sembahyang magrib
3. sambung makan nasi lauk ikan,ayam, sayur dan air
4. lepas makan ktorng pun duk meronda2 sekitar masjid
5. bergambar setiap penjuru masjid
6. masjid besi ni 70% terdiri daripada besi dan 30 konkrit
7. dewan solat die berkonsepkan terbuka
8. masuk masjid ni rasa macam kat Pavillion pak
9. masjid ni xde air cond
10. angin dari lubang dekat tiang masjid
11. tempat wuduknye sangat unik macam tempat melontar jumrah
12. tandasnyer pun cantik,
13. yang penting masjid ni selesa untuk beribadah dan kegiatan agama
14. ktrong semayang isyak dan terawih
15. lepas tu makan moreh bubur lambuk dan karipap
16. ktrong pun berangkat balik semula ke UPM
itu la point2 penting dalam citer ni .macam biasa, aku lampirkan ckit gambar2 untuk tatapan.
Read MoreKeenakan Berpuasa
Apa yang paling enak dirasakan ketika kita berpuasa dibulan puasa?
bagi aku
1. aku tak payah nak fikir pasal makan tengahari
2. aku boleh rilex kat bilik waktu tengahari
3. aku boleh bersush payang mencari juadah dibazar ramadha(kira ada la senaman sikit)
4. boleh buka puasa dengan kawan2 n ramai2.
5. kadang2 boleh g kelas lambat dengan alasan tertidur selepas sahur
semua kat atas tu seronok
tapi kadang ade orng cakap tak seronok sebab
ada benda lain yang lagi menyeronokan
1. terawih setiap malam pada bulan puasa
2. bulan untuk memperbanyakkan ibadat
3. menguji tahap kesabaran kita
4. memberi kesihatan pada sistem pencernaan kita
5. ukhwah sesama kita akan lebih kukuh sebab bulan ini, kita sentiasa bantu membantu dan bersabar dalm segala hal.
so kesimpulannye senang je.
hayati lah ramadhan dengan pandangan dan pemikiran yang positif dan ikhlas…
kue teow kung fu untuk bersahur
Big apple juadah Moreh
hehehe.. macam2 kan
Kolej Sepuluh, UPM – Selamat Datang Pelajar Baharu sesi 2009/2010
Untuk pagi hari ini, aku ingin berkongsi tentang perasaan aku berkaitan kemasukan pelajar baharu sesi 2009/2010.
Aku ingin nyatakan disini bahawa aku seakan tidak sabar melihat muka-muka baru yang bakal menceriakan Kolej Sepuluh.
Titik permulaan hidup mereka bakal bermula pada mula mereka mendaftar di Kolej Sepuluh.
Aku yang telah merangkak ke tahun akhir pasa semester 2009/2010 sungguh tak menyangka bahawa aku sudah 4 tahun disini..
Itulah namanya pergerakan masa…
Sungguh menarik… sebab???
Aku suka suasana di kolej sepuluh..
Macam-macam yang aku rasa.. terimbau kembali semasa aku menjadi pelajar baharu…
Yela.. pertamanya dalam keluarga aku, aku yg menyambung pelajaran hingga ke menara gading…
Apa-apa pun, aku ingin kongsikan betapa bertuahnya aku menjadi Warga Kolej Sepuluh.
Sebab???
Baik aku senarakan kat bawah ni. Lagi senang Faham:
1. Kolej Ini Disegani sebab cemerlang dari segi Kesukanan
2. Kolej Ini Disegani Sebab Cemerlang Dari Aspek Kebudayaan(bayangkan.. Kolej Yang semuanya lelaki boleh rangkul Johan Keseluruhan Kebudayaan Inter Kolej UPM-2 kali berturut)
3. Pencapaian kebudayaan yang Konsisten.. (FESNIK,FESTIK,FFVP,SIDRAT,MTB dan beberapa lagi)
4. Kesetiaan semangat warga Kolej Sepuluh yg sentiasa membara2..
5. Kolej Ini Pernah Kecundang..
6. Koleh Ini bangkit semula
7. Kolej ini pernah dicemburui
8. Kolej Hanya tenang dan Buat yg terbaek.
9. Kolej ini memerlukan Warga yang bersemangat
10. Kolej ini hanya menjadi begitu kerana warganya yang hebat
11. Kolej ini bukan melahirkan ilmuan semata-mata
12. Tetapi Kolej ini mengharapkan lahirnya generasi bahara yang hebat sahsiah dan semangatnya
13. Bukan hebat dengan kata-katanya.. tetapi hebat dengan gaya kerjanya
14. Perlu bersyukur anda berada dikolej ini
15. Kerana adalah bakal pembentuk kolej sepuluh pada landasan yang penuh dengan semangat dan kesungguhan
Aku rasa cukup kot apa sebab-sebabnya anda perlu merasa bertuah berada di Kolej Sepuluh UPM.. apa-apa pun…
Aku sebagai senior mengarapkan adik2 yang bakal mendaftar pada Ahad ini.. sedia untuk menjadi warga Kolej Sepuluh..
Dan yang paling utama.. anda perlu berbangga menjadi warga Negara Malaysia yang belajar di bumi Malaysia…
Bawah ni aku ingin Kongsikan Irama Semangat Kolej Sepulu.. Iaitu lagu Rasmi Kolej Sepuluh. Tajuknya PERSIS PERWIRA
Lagu : W.M. Salehuddin W. Hassan
Lirik: Aku…@Ajie
Lagu ini begitu sentimental untuk aku kerana kata-kata yang aku untaikan adalah isi hati Warga Kolej Sepuluh yang Bersemangat Waja. Dengarlah…
Ciptaan: Wan M. Salehuddin Wan Hassan
Lirik: Ajie
Unggulnya kita bukan biasa
Unggulnya kita berjiwa perkasa
Gah persis perwira
Semangat Kita hadirnya dari
Kilauan Hasrat semerah mentari
Kilauan yang Sakti
preCO
Agama dan ilmu
Budaya seiringan maju
Lahirlah ‘Putra’
Sejati jiwa raga
C/O
Berjuang
Kudrat dikerah
Tak mengenal kalah
kitalah juara
Gemilang
antara terbilang
seagung bintang
kita buktikan !!
Unggullah
ulang PreCO
Kolej Sepuluh….
Hari Ini Hari Selasa
Hari ini Hari selasa
Hari dimana warga MA(Tempat Praktikal aku-pusat Penyelidikan Mekanisasi & Automasi Mardi) xde.. diorng semua g suatu Conference kat Melaka
Aku pun siap kene bt multimedia untuk pelancaran program tu gak..
So, pagi ni.. aku .. Nuar. Dae.. Yanie.. Wan pun…
Boleh la mengular sepuas2nyer..
Hehehe.. masing-masing memasang azam untuk menyiapkan report..
Tapi.. aku x sure boleh bt punyer.. sebab , tau-tau je la.
Kalau dah facebook depan mata.. mana gamaknyer diorng nak bt korje..
Haha.. aku pun sama gak.. Hik3
Tapi aku sebenarnyer duk gigih siapkan lagu aku aku tu..
Aku tulis lirik lagu die.. saja2 mengisi masa.. aku pun suka tulis lirik..
Sekurang-kurangnya bolehla aku mengasah bakat.. hehe..
Apa-apa pun.. aku nak share satu benda la..
Tentang lagu yang aku cipta masa sukan Paralimpiad 2008
Tajuknye BINTANG YANG GEMILANG
Bintang Yang Gemilang
Lagu: Ajie
Lirik: Ajie
Walau masih jauh
Langkah kaki ini
Akan ku harungi demi kejayaan
Walau penat datang
Jua badai menghalang
Harus ku rentas dengan keazaman
Pre C/o
Jangan putus asa
Ku kan terus berjuang
Untuk menggapai bintang berkerdipan
C/o
Wahai dunia
Berikan aku kekuatan
Moga aku bisa terbang
Melintas awan gemawan
Berikan aku semangat
Agar aku menapak lega
Megah Menuju bintang yang gemilang
Walau penat datang
Jua badai menyerang
Harus ku tentang dengan keazaman
Jangan putus asa
Ku kan terus berjuang
Untuk menggapai bintang berkerdipan
Nak Dengar Lagu??? Click link Ni
aku terpaksa tembak yanie sebab die degil sgt kat ladang

Nua Asyik nak terbang… Bimbang gak aku.. takut terlepas ke langit plak nnt
€

ni la die yg suka merempit.. sampai habis minyak.. lepas tu rasa x bersalah plak.. dh la racing ngan RedBull die tu..
Read More








